Ads

Monday, November 5, 2012

A Day Out

Assalammualaikum.

Apa ya perasaan berjumpa dengan besties yang dah lama tak jumpa?
Boleh tolong describe tak?

Alhamdulillah. We managed to gather. It's been quite long tak berjumpa dengan mereka berdua ini.
I did, met Fatin dan Ika personally. Tapi susah nak dapat jumpa sekali serentak.
Almaklumlah kan masing-masing dah ada kerja, terikat dengan tanggungjawab dan jadual kerja which saya sendiri pun kadang cuti tak menentu.

And of course lot's of stories yang dikongsi dan diluah bersama. Hehe. Girls talk kan. Biasalah :)

Here's some pictures. Of us. 

Wajah-wajah bahagia melihat makanan terhidang. Sebelum memulakan sebarang sesi. Fresh ye.


Bermulalah adegan-adegan drama swasta selepas perut penuh terisi.

Bukankah gambar naik dan turun eskalator itu wajib? :P

Nama si cantik manis bertudung purple ni Fatin Faseeha. Muka dia copy paste habis muka abah dia. Hehe

Si comel lotey ni bertudung hitam ini pulak, Nurul Atiqah. Dia ini pun sama, muka copy paste habis ayah dia. Tapi dia anak mama. Cuba try berborak dengan dia. Mesti akan terbit nama mama. Cute! Dia tetap Ika yang dulu.

Yang ini pulak...errrrr. Letak la nak caption apa pun. ^_*


Masa ni, dia tengah menyebut nama seseorang. AAAAAAAAAJJJJJJJJJJJJJAAAAAAIIIIIII. And inilah hasil gambar daripada sebutan nama itu. Haha. Kesiannn...tersedak Ajai, bergambar sebut nama dia. 

Ada saya bagitau Ika ni seorang yang pemalu? Indeed. Tengoklah, gelak pun sopan jer. *Uhukkkkk* Maaf, saya tersedak. =p


Kegilaan yang tak pernah berpenghujung. Tepek sekeping dekat sini.

Looking forward untuk jumpa insan-insan kesayangan ini lagi.
Take care.

Wassalam.





































Saturday, May 12, 2012

Practical Training Done @ Al Hijrah Media Corp

Salam.

Alhamdulillah syukur selesai menamatkan Latihan Industri selama 3 bulan
di stesen tv Al Hijrah sebagai seorang intern wartawan...

Kesimpulan sepanjang 3 bulan menjalani LI tersebut? Learning process never stops!

Lakukan dengan keikhlasan kerana Allah
Bekerja itu satu ibadah
Jadi, setiap dugaan dan kesulitan yang datang
Sabarkan diri.... anggapnya sebagai proses pembelajaran
Kerana ia sememangnya begitu
Kalau kita tidak rasa kesusahan melalui proses itu, kita tidak mungkin mempelajari sesuatu

Saya selalu pujuk diri untuk bersikap positif terhadap apa yang diterima, terutama apabila ia melibatkan kerja
Cuba untuk tidak mencampur adukkan apa-apa yang bersifat peribadi ke dalamnya
Carilah sumber ketenangan dan kepuasan melalui apa yang kita lakukan.
Semoga setiap satunya di bawah keredhaan Allah.

Saya bersyukur atas kurniaan pengalaman dan orang-orang di dalamnya. :')
Here's some pics.




Interns

Launching Devotees 336.

Ok entry diakhiri dengan mendadak. 

Sekian.