Ads

Tuesday, July 23, 2013

Update Hidup

Dah lama tak conteng-conteng. Dah lama tak memblog.
Dah lama tak tulis apa-apa pasal apa yang dipikirkan, apa yang jadi, perkembangan tak kiralah baik buruk, sedih hepi semuanya aku tak tulis. Semuanya aku simpan sendiri. Ohh betapa losernya hidup.

Banyaknya benda jadik dalam masa beberapa bulan ni, lebih tepat dalam masa setahun. Well life pun berjalan seiring dengan perjalanan masa (ok ayat karangan tingkatan 5 dah mula keluar :p). 

Kalau nak review secara ringkasnya, pon akan jadi tak berapa nak ringkas jugak. Tapi aku tetap akan tulis dekat sini sebagai bahan contengan aku di kala seru untuk mentulis ni datang. 

#1- Tricasa 
Aku seorang wartawan. Wartawan? Ye, wartawan. Wartawan? Yeee wartawan. (Sila lempang sekejab* Wartawan ape? Wartawan majalah. Majalah ape? Majalah Inspirasi perkahwinan.
Ok dah cukup. Setakat tu je. *Ape ni Suhaila main tulis sekerat-sekerat* Sebab aku nak simpan pengalaman dekat Tricasa tu dalam muzium sahaja. *Laa kenapa pulak?* Ok cut cut.  Fullstop.

P/s:  Ada masanya kita tau where we should stop.

#2- Clarks
Beberapa bulan di sini selepas quit Tricasa. Daripada menjadi penganggur aku tak rela, lebih baik kerja je sementara pun ye dak. Sini pun pengalaman yang berguna, Takda apa yang sia-sia kalau kita ikhlas dan anggap apa yang kita buat tu sebagai ilmu. Yang bukan hanya dipelajari melalui buku. Tapi pengalaman dan perbuatan sehari-harian. Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, you will get the reward. Dan pengalaman dan pengajaran itu juga adalah bentuk-bentuk reward. (Ye adek-adek, sila ingat cakap akak ni hokey)

#3- ITBM
Current job. InsyaAllah, moga-moga diizinkan Allah untuk kerjaya di masa depan juga. Hampir 4 bulan di sini (since April 2013). Alhamdulillah, rezeki yang dipinjamkan Allah. Aku akan buat post lain, daripada mula macam mana aku tengah kalut carik kerja, interview, mula bekerja sampai la cemana aku kerja sekarang. Semuanya begitu cepat dan pantas. MasyaAllah. Allah is the best Planner. 

#4- Life
Phewww. Wahh....bermula dengan pheww nampak? Nampak gayanya begitulah. Jalan cerita life ni pun bukan calang-calang. Penuh onak dan liku (sorry terskema). Nak cerita dekat dalam entri yang dikompakkan ni pun tak syok jugak. Nanti aku gasak dalam entri lain. Tapi sungguh aku tak sangka, dalam usia kedewasaan ni, aku tengah melalui fasa-fasa realiti alam nyata yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran. Nampak sangat sebelum ni aku tak ambik pusing apa yang berlaku dengan begitu serius. Nampak sangat aku hanya kesahkan hidup aku je. *Eh, jangan salah paham. Bukan aku tak pikir orang lain, tapi fokus aku lebih kepada diri sendiri. Asas perkembangan diri sendiri. Hal ehwal diri sendiri. Ok dah Suhaila cukup bercakap pasal diri sendiri*.

Oklah nak rest dulu nanti rajen sambung bye.